Wednesday, May 28, 2014

Menawan Kinabalu, Mei 2014

Salam. 

Sejak semalam, aku godek2 blog aku yang dah 2 tahun aku tak update ni. Tuka2 background, design semua agar semangat memblog datang kembali. Tiba-tiba aku terfikir nak memblogkan aktiviti-aktiviti travel aku agar boleh di rujuk kemudian hari dan mungkin berguna untuk orang lain yang tiba-tiba terrrrsinggah di blog aku ni. :)

Minggu lepas (15 -19 Mei,2014) aku baru balik dari memanjat Gunung kinabalu. :) Alhamdulillah, impian yang aku pasang sejak 2013 dpt dilaksanakan ikut perancangan. Alhamdulillah, Alhamulillah syukur kepada Allah, atas izinNya aku berjaya sampi ke puncak, selamat pergi dan balik. :) 


Beberapa perkara nak di share bagi korang yang berhajat untuk menakluk Gunung berketinggian 4095.2M ni. 
  1. Untuk dapatkan harga yang murah, korang boleh direct berurusan dengan Sutera Sanctuary Lodges dan tak payah guna agent. Boleh bukak link ni; http://www.suterasanctuarylodges.com.my/ . Sebaiknya kena booking 6 bulan awal, sebabnya slot selalu penuh dah dibooking oleh agent2 dan orang persendirian. Call aje SSL ni untuk dapatkan tarikh yang sesuai dengan korang. 
  2. Training samaada joging or panjat gunung or panjat tangga kat batu caves sane tu. Sbb kalau takde fitness memang kita akan sampai ke Laban rata/ puncak..tapi sengsara la skek..hehee.. :p dari segi timing sampai ke laban rata kita kena jaga, kalau sampai lambat sangat di laban rata, korang tak dapat nak berehat secukupnya untuk aktiviti esok ke puncak. Perjalanan ke puncak selalunya bermula pada jam 2.00am/3.0am. 
  3. Buffet di laban rata start dari 4.30pm sehingga 7.30pm, lepas tu diorang tutup cafe. Jadi, kalau korang sampai lebih dari masa ni, makan maggie aje lah (sila bawak spare maggie/roti)
  4. Ada 2 laluan favorite; iaitu Timpohon-laban rata-Puncak-Timpohon atau Mersilau-Laban rata-puncak-Timpohon. Kedua2 laluan ni berbeza dr segi jarak iaitu, kalau ikut mersilau, dia jauh 2.7km lebih dr timpohon. 
  5. Aku sarankan, korang guna porter untuk angkat beg korang (bagi yang tak berapa mampu mcm aku lah) hehe..jimat tenaga wey. Oh, aku guna laluan Timpohon-puncak-timpohon. Harga utk angkat barang ialah rm10/km/kg(Timpohon) dan rm12/km/kg(Mersilau). Mase aku daki ni, aku bawak tongkat satu dan air mineral sebotol. Memang jalan lenggang kangkung lah orang ckp :p
  6. Mase korang timbang berat beg, aku sarankan korang peratikan diorg timbang..sebab ikut pengalaman aku, ada perbezaan bila diorang timbang di kinabalu park dan di gate timpohon. Mase aku timbang di kinabalu park, berat beg aku 7kg, mase timbang di timpohon gate pula 5kg. So, aku perhatikan sebab peralatan timbang di kinabalu park di letak di luar dan takde sapa jaga timbang tu, mungkin lah 'sesuatu' di situ. (paham tak maksud aku). Alat penimbang di Gate timpohon dalam ofis diorang, so..erm..paham2 aje lah..hehee..beza rm20 oooi..blurgh..
  7. Jaga mentel dan fizikal korang. untuk hilangkan korangnye stress dan asyik fikir bile laa nak sampai ke puncak, korang boleh selfie2 dan ambil gambar pemandangan sepanjang perjalanan ke Laban rata. Sepanjang perjalanan ke laban rata, lepas pondok layang-layang mempunyai view yang lebih cantik dan lebih pacak and tough.


Aku share checklist yang aku buat untuk trip kinabalu ni:


WAJIB:


1. Rucksack
2. Jacket
3. Gloves
4. Socks (at least 2 pasang) – panjang stgh betis
5. Trackbottom ( at least 2 helai)
6. T-shirt (at least 3 helai)
7. Kasut hiking
8. Selipar (optional)
9. Air mineral&Isotonik (at least 2L)
10. Headlamp & new battery
11. Camera
12. Extra battery camera
13. Plastikbajukotor
14. Energy foods (akan di elaborate di bawah)
15. Basic medicine (akan di elaborate di bawah)
16. Innerwares (disposable the better)
17. Barangkelengkapansendiri (toileteries, towel, pakaiansolatetc)
18. Wet tissue (untuk lap bdn di laban rata)
19. Leggingx2
20. Water bladder (if needed)
21. SandleTeva ( aku pakai sandle ni aje untuk naik dan turun gunung, dr laban rata ke peak baru aku pakai kasut.hehe. sangat2 comfort dan paling penting kaki depan tak sakit. Sepanjang jalan, orang tegur "eh, pakai sandle aje" hehee..
22. microfibre towel
23. Belitiket ERL online (5.22am-15may)-beli return tiketdr Putrajaya central - KLIA 2.

24. Towel Kecik
25. Tuala Key


Optional:

1. Mafla (untuk extra potection dari angin sejuk)
2. Thermal innerware
3. Knee guard/ankle guard
4. Disposal raincoat/Poncho
5. Sunblock
6. Lip mositurizer
7. Walking stick (optional) –Sewa rm10
8. Toiletries
9. Pisaukecik
10. Head cap

Foods:
1. Kurma/Kismis/Prune
2. Coklat–(coki-coki,cloud nine)
3. Roti/bun
4. Mineral water & 100plus
5. Maggie (optional)
6. Milo 3in1, Nescafe instant(optional)
7. Energy bar (i.e: Uncle Toby's, Nature Valley Granola Bars)
8. Gula2

Basic medicine:
1. Panadol (Actifast or extand)
2. Ubat muntah (utk altitude sickness) - Diamox
3. Pain killer
4. Ubat selsema (Takmngantuk)
5. Yoko3
6. Myk panas.
7. Plasterluka/plaster tiger bam panas/salonplas Pain Relieving Spray

JumaatPagi (16 May 2014) (Kluar jam 12.30pm) (optional)

-1st boat 7.30am Return Boat: 1.00pm
- Tiketmskpulau rm3/person
- Jesselton point terminal fee:rm6/7
- Hargaferiutk 2 pulau – rm 27(Pulausapi + Manukan)
- Sewa snorkel rm10
- Sewa life jacket rm10

Things to bring:

1 Baju/sluar renang/Tudung
Goggle
Waterproof camera.

-Kinabalu airport – kotakinabalu (return) –AIRPORT BAS -rm5/SEHALA
- Dari Kota kinabalukekinabalu park amik Van sapu di Terminal padangmerdeka rm15/20 Per person.


Total expenses paid: rm100/2person(paid)


** Dorm 15-16hb /night=rm28(step In lodge)
**Dorm 18th-19th /nightrm25(borneo backpackers)
** Luggage return/20kg: rm60 (rm30 each person)
** ERL return(pjaya-KLIA2) rm24.80/rm12.40 (per person)
* airportke Kota kinabalu(pdgmerdeka) –Airport bus Rm5/person/rm10 return
* Terminal padangmerdeka – kinabalu park (return): rm40/ rm20 one way
Total per person: rm157.80(Range dlm rm160-170)


(Pulausapi + Manukan) (optionalkalonakpegi) 


-1st boat 7.30am Return Boat: 1.00pm
- Tiketmskpulau rm3/person
- Jesselton point terminal fee:rm6/7
- Hargaferiutk 2 pulau – rm 27 (Pulausapi + Manukan)
- Sewa snorkel rm10
- Sewa life jacket rm10
Total:rm57


Kinabalu


**PakejKinabalu (rm700/each)+ rm75(kloikutmersilau)
**16hb-check in Tahubang Lodge (Kinabalu Park)
**Porter (mersilau –rm12/kg)(timpohon-rm10/kg)


Total hangus keseluruhan: rm 989.80(taktermasukmakan/minum/shopping/porter)



 Jumlah hangus sepanjang trip aku ke kinabalu ni pun, lebih dr ape yang aku aspek. sbb last2 minit tuka plan pegi poring hot spring & jambatan gantung kat Ranau. Nasihat aku, kalau nak berjimat, lebih baik pergi beramai2 atau kalau pegi dalam jumlah yang sedikit baik sewa kereta, lebih menjimatkan. Sebab sepanjang perjalanan ke ranau ni, apa yang aku perhatikan, kesukaran untuk mendapatkan bas/pengakutan awam dan bas2 disini lebih dari jam 5 memang dah takde. takde ape pun kat poring ni, waterfall, kolam air panas dan jambatan gantung yang kita boleh dapat di FRIM, kepong. Sigh. Dari ranau ke poring, rm25, bas ni charge untuk 2 org (poring tutup jam 4.00pm ok, jadi korang boleh set schedule korang betol2 kalo btol lah nak pegi. Dari poring ke ranau, mmg susah nak dapat bas, terpaksa dapatkan teksi charted; rm40 sehala dan sekali lagi akibat ditinggalkan bas sebab cari tempat nak solat, rm40 dari Ranau ke Kinabalu park. T_T. Budget lari bile kita tak ikut plan and tak buat research pasal sesuatu tempat yang kita nak pegi. Pengajaran yg aku dpt dr trip kali ni. prfftt.

Rentetan catatan sepanjang perjalanan:

15 Mei, 2014
Jam 5.00am aku dah bertolak ke KLIA 2. Di sebabkan tak familiar dgn KLIA 2, aku pun bertolak awal supaya tak ketinggalan flight. Flight aku jam 7.50am. Jadi 2 jam sebelum tu aku kena sampai KLIA2 untuk urusan check in luggage. 1 jam sebelum terbang, kaunter check in luggage di tutup yea. 

Aku smpi k.k dalam jam 10.20am, habis aje urusan cop surat kebenaran imegresen semua, aku beli tiket airport bas yg berharga rm5. Di k.k aku amik dorm di jalan Fuad stephan. Sila rujuk website dia; http://www.stepinlodge.com/rates.cfm. Aku amik dorm berkipas aje rm28/night. Konon2 nak berjimat. Tapi aku nasihatkan amik aircond wey kalo nak check in hostel ni. Panas gile time malam. Pastu kalo ikut website ni dia separate lelaki pompuan kan, erm..sebenarnya campur gender dorm ni. So, atas sebab tak puas hati..aku pon email la manager hostel ni, gaduh2 dalam email, last2 dia ckp, maklumat kat website salah. Tp atas sebab jaga hati pelanggan agaknya, dia bg aku dorm kipas dan dia masukkan sorang minah saleh tido ngan aku..Alhamdulillah, tu pon dah syukur.overall, hostel ni ok, toilet mandi bersih, toilet utk buang air aje slack skit, sbb takde salur getah..susah btol nak 'sheshe'.heheh..lagi satu yg aku suka mengenai hostel ni, location dia mmg terbaik. Dekat dengan pasar philipino dan night market. Sangat dekat okeh. tak tipu :)

Sampai2 aje aku kat hostel ni, check in then kawan aku (jingkung) pun datang pickup aku kat hostel. Jingkung ni aku kenal dia mase aku nak organize Kinabalu trip bersama2 kawan2 gunung aku. Jumpa kat Fb aje pun, mase ni mmg 1st time lah bertentang mata dan dia bawak aku tgk wayang cerita godzilla dan belanja makan :) oh, lupe nak bgtahu..jingkung ni guide kinabalu, sape nak contact number dia bole PM aku ok :)

Malam plak aku g makan2 kat pasar malam. Mmg lah kat pasar ni macam2 seafood ade jual.tp sbb budget dah ketat, aku tak berani nak order seafood. makan aje la nasi goreng daging..haha..Jumpa plak geng gunung, abg arifin..dia pun baru turun dr kinabalu. Dia blanja lunch and keronsang :) murah rezeki hari ni. Alhamdulillah..Abg arifin ni aku kenal mase aku pegi training kat Gunung nuang 2 mggu lepas. Terus jadi geng sbb dia sempoi..hehee. Yang lawaknye tu, masa aku tuntut keronsang kat dia, dia pegang handphone dia (gambar depan gambar bini dia) pastu dia ckp " Bini perati aje nih" wakakka..mcm wat skandal aje bunyinya..choi!! aku dah gelak2 ketawa dah..hahaa..

16 Mei, 2014
Dalam jam 4.30am abg arifin call dan kejutkan aku suruh teman dia beli seafood kat pasar. aku?? uh?? "ngantok ni bang oi" dia ajak gak. aku pun bangun, berus gigi, cuci muka, sembahyang subuh dan terus turun ke bawah. Dia dah tggu siap2 depan pintu hostel sbb aku soh dia jemput aku. Kitaorg berjalan la kat pasar. Huii, aku tgk udang2 dia besar, losbter tu paling memancing minat aku tuh..rege lobster fresh gitu dlm rm130. Udang ikut saiz dalam harga rm44-65/kg. Memang menusuk jiwa lah. Lepas tu kami lepak makan bekfas kat atas pasar tu. ade kedai nasi lemak. Sedaaaap. rase nasi lemak dia mcm rase nasi lemak semenanjung. Sambal dia umpp.

Dah lepas bekfas, aku balik hostel untuk packing. Oh, lupe nak pesan..kalau korang beli seafood, korang boleh packing di pasar tu juga. tp kedai tu bkk jam 7.30am. kedai runcit area pasar tu ada buat ais packing untuk seafood yg kita beli tujuan penghantaran guna flight.Settle packing, aku pun siap2 dan seret beg kat hostel ke dua iaitu borneo backpackers. Hostel ni kat jalan Medan. Jauh plak dari pasar tapi dekat dengan busstand. Lepas tinggalkan beg, terus ke  padang merdeka dan ambil van/bas ke kinabalu park rm20. perjalanan mengambil masa 2jam lebih juga la..puas tido dalam van.hehe..Sampai kinabalu park, aku check in kat tahubang lodge (hostel ni bbetul terletak pada kaki gunung tu.) Jalan kaki aje naik kinabalu park. Di ingatkan, korang di nasihatkan beli mineral water/apa2 jajan dari k.k lagi, sebab kat kinabalu park harga barang dah jadi mahal. Sampai aje Tahubang, aku check in dah trus naik van/bas terus Ranau. Dari ranau amik van ke poring hot spring. 

17 Mei, 2014
Hari yang di tunggu, lepas breakfast trus siap2 dan naik ke kinabalu park. Jam 9.00am terus panjat naik ikut Timpohon gate. Range aku memanjat 1km/1jam. aku mmg jaga masa spy tidak terlewat sgt sampai ke Laban rata. Jam 3.30pm, aku pun sampai di Laban Rata.Sampai laban rata, aku memang makan gile2 lah..kebuluran tahap max bile dalam keadaan penat dan sejuk kat atas tuh. Oh, Line Celc om sgt ohsem ya kat atas ni. hehee..aku pantang dpt, hupdate fb memanjang. hehehe.. Dah habis mkn, aku tggu beg aku sampai kat porter. Aku terpaksa tggu sampi jam 7.30pm baru dpt beg. Porter merangkap guide meneman 2 org ladies yg salah sorangnya mengalami sakit tulang belakang naik.Sigh. Dapat aje beg, trus aku naik gunting lagadan huit, dorm aku..Gunting lagadan ni 250M dr Laban rata. Memang semput naik, sebab udara dah nipis and kita cepat penat. Aku nasihatkan sapa yang tido di gunting lagadan agar bawak spare maggie or roti utk makan esoknye(macam aku mmg x larat dah nak turun pastu nak naik balik). Masa kat sini aku tak mandi ok, guna wet tissue aje lap2 badan.sejuk wey..nak gosok gigi ngn amik air wuduq pun rase mcm nak kena kancing gigi.pergh.

18 Mei, 2014.
jam 1.00am aku dah bangun.Siap2 dan tggu team and guide aku datang gunting. Bagi aku track dr Laban rata ke puncak adalah paling tough skali.Mgkin sbb sejuk, udara nipis, track pacak..siap kena panjat pakai tali segala..mmg rase mcm urhghhhh..sampai atas, view dia mcm padang jarak padang terkukur tp versi batu..hahaha..nak gostan patah balik dah jauh, nak ke puncak pun jauh juga..tp view kat atas mmg cantik. Subhanallah :) Sampai sekarang aku masih tak dapat melupakan view "sunrise" kat low peak. Mcm matahari dekat dgn kepala, layan angin sejuk+power bar..duduk tgk sunrise. Aku dah lost count brpa kali aku brenti, duduk, sambung jalan untuk sampai ke puncak..hahaha..mmg penat dan mentel.Tp Alhamdulillah, aku sampai juga ke puncak dengan kudrat ak tu sndri dengan izinNya. Lepas habis selfie2 dan ambil gambar, aku terus turun. Kejar masa nak p bekfas kat cafe laban rata and terus turun. cafe tutup jam 10.30am yea dan kena serah kunci bilik jam 10.30am juga. Kalau lambat, setiap satu jam akan di kenakan denda rm 100. Aku amik masa 1 jam setengah untuk turun dr low peak ke Laban rata kembali. Mase turun tu baru aku tahu betapa sayup2nye laluan yang aku lalu td. Sampai gunting lagadan, amik beg dan terus turun ke cafe. Makan dan terus turun ke Gate Timpohon. Aku start turun dr jam 11am dan sampai bawah jam 4.30pm. Lambat juga kan. Makan lutut mase turun ni, aku sampai makan pain killer sbb lutut kiri aku mmg problem kan. huhu..sangkut kat km 3.Tp Alhamdulillah, aku sampai kaki gak kaki gunung. Sepanjang perjalanan, aku ditemani tupai2 yg jinak, keindahan alam semulajadi, porter2 yang baik hati dan suka menegur orang. Sampai timpohon gate, aku amik van dan terus ke kinabalu park, solat dan trus amik beg di tahubang lodge dan charted teksi ke k.k semula.

19 Mei, 2014
Takde yang menarik berlaku hari ni. Just lpas solat aku smbung tdo, jam 9.00am aku brekfas kat kedai makan depan hostel dan terus shopping sebeniar kat pasar philipino smpi ke petang. Oh, aku nak igtkan korang, kalo korang nak naik bas airport, dia sejam sekali..so check out la awal dan kalau korang nak charted teksi, dari k.k ke airport cuma rm20 yea..aku kena smpi rm30..aku lupa pasal ni sbb mase ni hujan lebat and tak terfikir ape dah..naik aje laah..jam 7.40pm aku naik flight ke Kuala lumpur dan sampai jam 10.30pm.. Alhamdulillah :) Mase ni kaki belom kengkang ketam lagi..dah lepas 2-3 hari, haru biru jalan..jalan pon kengkang2 ..hehehe.pengalaman. Orang kata kalo baru2 pergi kita taubat nak pegi lagi..tapi lama2 nnti rindu nak pegi lagi..lpas smggu aku rindu nak pegi lagi wey..hahaha.InsyaAllah, tahun depan aku nak repeat, tp nak try track mersilau via Ferrata. Moga2 ada rezeki aku. Amin :)



Me: Hargai setiap org yang berada di sekeliling kita. Jangan bias bile berkawan sbb who knows he/she will be the most person you need someday :) 

Wasalam.

No comments:

Post a Comment